BANGI: Sebanyak RM33.4 juta diperuntukkan bagi membiayai yuran dan bantuan kelengkapan peralatan persekolahan tahun ini, kepada 34,116 ketua keluarga asnaf fakir dan miskin serta mualaf.
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS) Mohd Sabirin Mohd Sarbini berkata bantuan berkenaan memanfaatkan seramai 70,283 orang pelajar prasekolah, sekolah kebangsaan, Sekolah Rendah Agama, Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Agama.
Beliau berkata kadar minimum bagi bantuan yuran persekolahan yang akan diterima setiap pelajar ialah RM100 bagi tadika atau prasekolah, Sekolah Rendah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Agama (RM150) dan Sekolah Menengah Kebangsaan atau Sekolah Menengah Agama (RM250).
"Kadar maksima yang akan diterima ialah sebanyak RM1,200 bagi keluarga, serta token keperluan dengan kadar maksima sebanyak RM800 bagi keluarga, berdasarkan tahap sekolah tanggungan isi keluarga.
"Bantuan ini akan diterima terus oleh ketua keluarga melalui akaun, V-cash (baucer tunai) atau tunai bermula hari ini," katanya dalam ucapan pada Program Simbolik Bantuan Pendidikan 2024 LZS di sini hari ini.
Mohd Sabirin berkata bagi meringankan beban, LZS turut memberi bantuan kelengkapan peralatan persekolahan meliputi pakaian seragam, beg, alat tulis kepada setiap pelajar.
Beliau berkata bantuan pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan mendapat kadar bantuan sebanyak RM170 seorang, Sekolah Rendah Agama (RM150 seorang) dan Sekolah Menengah Kebangsaan atau Sekolah Menengah Agama (RM200 seorang).
"Penebusan bagi bantuan kelengkapan peralatan persekolahan ini, boleh dibuat bermula pada 10 Feb sehingga 10 Mei ini," katanya dan menambah penebusan boleh dibuat di pasar raya atau kedai yang ditetapkan LZS.
Mohd Sabirin berkata sepanjang 30 tahun penubuhan LZS, pelbagai jenis bantuan telah disalurkan kepada mereka yang memerlukan dan bantuan pendidikan merupakan antara keutamaan bagi memastikan pembangunan pendidikan diperkasa, seterusnya memacu kecemerlangan ummah dan golongan asnaf di Selangor.
Beliau berkata bantuan yang telah lama diwujudkan itu, bagi menampung kos yang terpaksa ditanggung oleh ketua keluarga asnaf fakir, miskin dan mualaf, menjelang sesi persekolahan yang akan dibuka pada Mac ini.
"Diharapkan dengan bantuan yang diterima ini, akan dapat meringankan beban serta menceriakan anak-anak untuk terus semangat ke sekolah. Tiada lagi alasan untuk tidak bersekolah. Teruskan berusaha, kekalkan momentum dalam menuntut ilmu dan tanamkan niat untuk berjaya demi masa hadapan," katanya.
Program berkenaan dihadiri Ahli Lembaga Pemegang Amanah LZS Prof Madya Dr Anhar Opir, Ketua Pegawai Operasi LZS Ahmad Fadhil Hassan dan Penolong Pengarah HEM, Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Negeri Selangor Suhardy Ab Jalil.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 08 2024
Ketua Pegawai Eksekutif LZS Mohd Sabirin Mohd Sarbini berkata bantuan berkenaan memanfaatkan seramai 70,283 orang pelajar prasekolah, sekolah kebangsaan, Sekolah Rendah Agama, Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Agama. - BERNAMA
Polis perlu lebih masa siasat keluarga suspek serang Balai Polis Ulu Tiram
Polis memerlukan tempoh lebih panjang untuk melakukan siasatan lanjut dan menyeluruh terhadap insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, di sini, 17 Mei lepas.
Speaker Pulau Pinang serah notis kekosongan DUN Sungai Bakap kepada SPR
Speaker DUN Pulau Pinang menyerahkan notis kekosongan DUN Sungai Bakap kepada SPR berikutan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff.
Jepun sudah beri amaran kepada Korea Utara
Ketua Setiausaha Kabinet Jepun Yoshimasa Hayashi menegaskan bahawa Tokyo telah menuntut melalui saluran diplomatiknya di Beijing supaya Korea Utara membatalkan rancangan pelancaran satelit peninjau tentera terbaharunya.
Korea Selatan bersedia depani ancaman Pyongyang
Tentera Korea Selatan sudah bersedia berdepan kemungkinan sekiranya berlaku provokasi oleh Korea Utara yang dijangka akan melancarkan satelit peninjau tentera terbaharunya.
[INFOGRAFIK] Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023
Berikut adalah info berkenaan dengan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.
13 maut di Texas, Arkansas, Oklahoma
Lebih 430,000 pelanggan utiliti terputus bekalan elektrik merentasi kawasan lapan negeri dari Texas hingga Ohio.
[INFOGRAFIK] Demografi Malaysia Suku Tahun Pertama 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan demografi Malaysia pada suku tahun pertama 2024.
Sistem kod QR akan diguna pakai di CIQ BSI, KSAB mulai 1 Jun
Sistem kaedah Kod Respons Pantas (QR) akan mula diguna pakai bagi pelepasan Imigresen di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KS
[TERKINI] KWSP terima 2.86 juta permohonan pindah ke Akaun Fleksibel
2.86 juta permohonan pindahan amaun permulaan diterima dan dipindahkan dari Akaun Sejahtera ke Akaun Fleksibel membabitkan jumlah RM8.78 bilion.
484 calon SPM di Sabah peroleh keputusan cemerlang
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), Datuk Raisin Sadin dalam satu kenyataan memaklumkan, ini peningkatan 140 calon yang memperoleh keputusan cemerlang berbanding 344 calon pada tahun 2022.
Kutipan zakat Melaka meningkat 4.94 peratus kepada RM66.9 juta
Prestasi kutipan zakat di Melaka meliputi zakat harta dan zakat fitrah merekodkan peningkatan sebanyak 4.94 peratus kepada RM66.9 juta dalam tempoh 1 Jan hingga 16 Mei tahun ini.
Pelan tindakan rangsang ekonomi golongan asnaf sedang dirancang
Pelan tindakan yang akan direka untuk membantu golongan asnaf keluar daripada masalah kewangan akan segera dibincangkan.
Lebih banyak syarikat swasta, NGO perlu kerjasama dengan anjur program kebajikan - Nancy
Lebih banyak syarikat swasta dan NGO tempatan perlu tampil untuk bekerjasama dalam menggerakkan program kebajikan di bawah Yayasan Kebajikan Negara.
Sultan Selangor perkenan terima zakat perniagaan RM10.8 juta
Pada majlis sama, Sultan Sharafuddin juga berkenan menandatangani plak Jubli Mutiara sempena sambutan ulang tahun ke-30 penubuhan Lembaga Zakat Selangor (LZS).
MAINJ peruntuk RM7 juta baik pulih rumah asnaf
MAINJ akan membaik pulih 280 rumah di Johor tahun ini dengan peruntukan RM7 juta.
Karnival MAIWP 2024: 'Perkasa peranan dalam membela kebajikan golongan memerlukan'
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutan (MAIWP) menganjurkan karnival MAIWP 2024 bersempena sambutan Jubli Emas penubuhannya pada 1 Februari 1974 dengan 100 buah reruai dan pelbagai aktiviti disediakan.
Ketua jabatan perlu sentiasa turun padang dengar keluh-kesah rakyat - Lukanisman
Program turun padang oleh ketua-ketua jabatan bagi mendengar keluh-kesah rakyat perlu terus dilaksanakan dan ditambah baik dari semasa ke semasa.
LZS peruntuk RM33.4 juta bantuan persekolahan pelajar asnaf, miskin dan mualaf tahun ini
Sebanyak RM33.4 juta diperuntukkan bagi membiayai yuran dan bantuan kelengkapan peralatan persekolahan tahun ini, kepada 34,116 ketua keluarga asnaf fakir dan miskin serta mualaf.
MAIPs peruntuk RM8.9 juta untuk bantuan persekolahan 2024
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis peruntukkan RM8,920,800 bagi bantuan persekolahan 2024 kepada anak-anak golongan asnaf di seluruh Perlis.
Kutipan zakat Wilayah Persekutuan 2023 melebihi RM1 bilion
Kutipan keseluruhan zakat Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) pada tahun lepas meningkat 11 peratus kepada lebih RM1.03 bilion berbanding RM937 juta pada 2022.